caseriqCarian makna dalam Al-Quran

Surah Al-Muddaththir المدثر

56 ayat · Makkah · susunan penurunan 4

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْمُدَّثِّرُ

Abdullah Muhammad BasmeihWahai orang yang berselimut!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قُمْ فَأَنذِرْ

Abdullah Muhammad BasmeihBangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

Abdullah Muhammad BasmeihDan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلرُّجْزَ فَٱهْجُرْ

Abdullah Muhammad BasmeihDan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلِرَبِّكَ فَٱصْبِرْ

Abdullah Muhammad BasmeihDan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَإِذَا نُقِرَ فِى ٱلنَّاقُورِ

Abdullah Muhammad BasmeihKerana apabila telah ditiup sangkakala,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَذَٰلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

عَلَى ٱلْكَٰفِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ

Abdullah Muhammad BasmeihKepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ذَرْنِى وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيدًا

Abdullah Muhammad Basmeih(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَجَعَلْتُ لَهُۥ مَالًا مَّمْدُودًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَبَنِينَ شُهُودًا

Abdullah Muhammad BasmeihSerta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمْهِيدًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَلَّآ إِنَّهُۥ كَانَ لِـَٔايَٰتِنَا عَنِيدًا

Abdullah Muhammad BasmeihTidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

سَأُرْهِقُهُۥ صَعُودًا

Abdullah Muhammad BasmeihAku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ

Abdullah Muhammad BasmeihKerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ

Abdullah Muhammad BasmeihSekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ نَظَرَ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ

Abdullah Muhammad BasmeihSetelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ أَدْبَرَ وَٱسْتَكْبَرَ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَقَالَ إِنْ هَٰذَآ إِلَّا سِحْرٌ يُؤْثَرُ

Abdullah Muhammad BasmeihSerta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنْ هَٰذَآ إِلَّا قَوْلُ ٱلْبَشَرِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

سَأُصْلِيهِ سَقَرَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا سَقَرُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَا تُبْقِى وَلَا تَذَرُ

Abdullah Muhammad BasmeihIa membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَوَّاحَةٌ لِّلْبَشَرِ

Abdullah Muhammad BasmeihIa terus-menerus membakar kulit manusia!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ

Abdullah Muhammad BasmeihPengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَا جَعَلْنَآ أَصْحَٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَٰٓئِكَةً وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِيَسْتَيْقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ وَيَزْدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِيمَٰنًا وَلَا يَرْتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْمُؤْمِنُونَ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَٱلْكَٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَلَّا وَٱلْقَمَرِ

Abdullah Muhammad BasmeihSebenarnya! Demi bulan,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan malam apabila ia balik melenyapkan diri,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلصُّبْحِ إِذَآ أَسْفَرَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan waktu subuh apabila ia terang-benderang,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّهَا لَإِحْدَى ٱلْكُبَرِ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

نَذِيرًا لِّلْبَشَرِ

Abdullah Muhammad BasmeihYang menjadi amaran bagi umat manusia,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

Abdullah Muhammad BasmeihTiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَّآ أَصْحَٰبَ ٱلْيَمِينِ

Abdullah Muhammad BasmeihKecuali puak Kanan,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فِى جَنَّٰتٍ يَتَسَآءَلُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

عَنِ ٱلْمُجْرِمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihTentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَرَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوا۟ لَمْ نَكُ مِنَ ٱلْمُصَلِّينَ

Abdullah Muhammad BasmeihOrang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ ٱلْمِسْكِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلْخَآئِضِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلْيَقِينُ

Abdullah Muhammad Basmeih"Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَمَا تَنفَعُهُمْ شَفَٰعَةُ ٱلشَّٰفِعِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَمَا لَهُمْ عَنِ ٱلتَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُّسْتَنفِرَةٌ

Abdullah Muhammad BasmeihSeolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍۭ

Abdullah Muhammad BasmeihMelarikan diri (ketakutan) dari singa!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بَلْ يُرِيدُ كُلُّ ٱمْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَىٰ صُحُفًا مُّنَشَّرَةً

Abdullah Muhammad Basmeih(Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَلَّا بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلْـَٔاخِرَةَ

Abdullah Muhammad BasmeihSebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذْكِرَةٌ

Abdullah Muhammad BasmeihKetahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ

Abdullah Muhammad BasmeihOleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ هُوَ أَهْلُ ٱلتَّقْوَىٰ وَأَهْلُ ٱلْمَغْفِرَةِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
Bahasa — 70