caseriqCarian makna dalam Al-Quran

Surah Al-Qiyaama القيامة

40 ayat · Makkah · susunan penurunan 31

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ لَآ أُقْسِمُ بِيَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ

Abdullah Muhammad BasmeihAku bersumpah dengan Hari Kiamat;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَآ أُقْسِمُ بِٱلنَّفْسِ ٱللَّوَّامَةِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُۥ

Abdullah Muhammad BasmeihPatutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بَلَىٰ قَٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُۥ

Abdullah Muhammad BasmeihBukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بَلْ يُرِيدُ ٱلْإِنسَٰنُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُۥ

Abdullah Muhammad Basmeih(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَسْـَٔلُ أَيَّانَ يَوْمُ ٱلْقِيَٰمَةِ

Abdullah Muhammad BasmeihDia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَإِذَا بَرِقَ ٱلْبَصَرُ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَخَسَفَ ٱلْقَمَرُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan bulan hilang cahayanya,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَجُمِعَ ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَقُولُ ٱلْإِنسَٰنُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ ٱلْمَفَرُّ

Abdullah Muhammad Basmeih(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَلَّا لَا وَزَرَ

Abdullah Muhammad BasmeihTak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ ٱلْمُسْتَقَرُّ

Abdullah Muhammad BasmeihPada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يُنَبَّؤُا۟ ٱلْإِنسَٰنُ يَوْمَئِذٍۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ

Abdullah Muhammad BasmeihPada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بَلِ ٱلْإِنسَٰنُ عَلَىٰ نَفْسِهِۦ بَصِيرَةٌ

Abdullah Muhammad BasmeihBahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُۥ

Abdullah Muhammad BasmeihWalaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَا تُحَرِّكْ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِۦٓ

Abdullah Muhammad BasmeihJanganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُۥ وَقُرْءَانَهُۥ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَإِذَا قَرَأْنَٰهُ فَٱتَّبِعْ قُرْءَانَهُۥ

Abdullah Muhammad BasmeihOleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُۥ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ

Abdullah Muhammad BasmeihSedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَتَذَرُونَ ٱلْـَٔاخِرَةَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ

Abdullah Muhammad BasmeihPada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

Abdullah Muhammad BasmeihMelihat kepada Tuhannya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍۭ بَاسِرَةٌ

Abdullah Muhammad BasmeihDan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ

Abdullah Muhammad BasmeihSambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ

Abdullah Muhammad BasmeihSedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَقِيلَ مَنْ رَاقٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلْفِرَاقُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلْتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ

Abdullah Muhammad BasmeihSerta kedahsyatan bertindih-tindih;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ ٱلْمَسَاقُ

Abdullah Muhammad Basmeih(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ

Abdullah Muhammad Basmeih(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ

Abdullah Muhammad BasmeihAkan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ

Abdullah Muhammad Basmeih(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰٓ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَن يُتْرَكَ سُدًى

Abdullah Muhammad BasmeihPatutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِّن مَّنِىٍّ يُمْنَىٰ

Abdullah Muhammad BasmeihBukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَجَعَلَ مِنْهُ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ

Abdullah Muhammad BasmeihLalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَلَيْسَ ذَٰلِكَ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحْـِۧىَ ٱلْمَوْتَىٰ

Abdullah Muhammad BasmeihAdakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
Bahasa — 70