caseriqCarian makna dalam Al-Quran

Surah Al-Qalam القلم

52 ayat · Makkah · susunan penurunan 2

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ نٓ وَٱلْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihNuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مَآ أَنتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ

Abdullah Muhammad BasmeihEngkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بِأَييِّكُمُ ٱلْمَفْتُونُ

Abdullah Muhammad BasmeihSiapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَلَا تُطِعِ ٱلْمُكَذِّبِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihOleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَدُّوا۟ لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَّهِينٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

هَمَّازٍ مَّشَّآءٍۭ بِنَمِيمٍ

Abdullah Muhammad BasmeihYang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مَّنَّاعٍ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ

Abdullah Muhammad BasmeihYang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

عُتُلٍّۭ بَعْدَ ذَٰلِكَ زَنِيمٍ

Abdullah Muhammad BasmeihYang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihAdakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ ءَايَٰتُنَا قَالَ أَسَٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihApabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

سَنَسِمُهُۥ عَلَى ٱلْخُرْطُومِ

Abdullah Muhammad Basmeih(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّا بَلَوْنَٰهُمْ كَمَا بَلَوْنَآ أَصْحَٰبَ ٱلْجَنَّةِ إِذْ أَقْسَمُوا۟ لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَا يَسْتَثْنُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihSerta mereka tidak menyebut pengecualian.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَطَافَ عَلَيْهَا طَآئِفٌ مِّن رَّبِّكَ وَهُمْ نَآئِمُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَصْبَحَتْ كَٱلصَّرِيمِ

Abdullah Muhammad BasmeihLalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَتَنَادَوْا۟ مُصْبِحِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَنِ ٱغْدُوا۟ عَلَىٰ حَرْثِكُمْ إِن كُنتُمْ صَٰرِمِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱنطَلَقُوا۟ وَهُمْ يَتَخَٰفَتُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihLalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَن لَّا يَدْخُلَنَّهَا ٱلْيَوْمَ عَلَيْكُم مِّسْكِينٌ

Abdullah Muhammad Basmeih"Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَغَدَوْا۟ عَلَىٰ حَرْدٍ قَٰدِرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَلَمَّا رَأَوْهَا قَالُوٓا۟ إِنَّا لَضَآلُّونَ

Abdullah Muhammad BasmeihSebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ أَوْسَطُهُمْ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ لَوْلَا تُسَبِّحُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihBerkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوا۟ سُبْحَٰنَ رَبِّنَآ إِنَّا كُنَّا ظَٰلِمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka berkata (dengan sesalnya): "Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَلَٰوَمُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوا۟ يَٰوَيْلَنَآ إِنَّا كُنَّا طَٰغِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

عَسَىٰ رَبُّنَآ أَن يُبْدِلَنَا خَيْرًا مِّنْهَآ إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا رَٰغِبُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَذَٰلِكَ ٱلْعَذَابُ وَلَعَذَابُ ٱلْـَٔاخِرَةِ أَكْبَرُ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDemikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَفَنَجْعَلُ ٱلْمُسْلِمِينَ كَٱلْمُجْرِمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihPatutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihApa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَمْ لَكُمْ كِتَٰبٌ فِيهِ تَدْرُسُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihAdakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ لَكُمْ فِيهِ لَمَا تَخَيَّرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihBahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَمْ لَكُمْ أَيْمَٰنٌ عَلَيْنَا بَٰلِغَةٌ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ إِنَّ لَكُمْ لَمَا تَحْكُمُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihAtau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

سَلْهُمْ أَيُّهُم بِذَٰلِكَ زَعِيمٌ

Abdullah Muhammad BasmeihBertanyalah kepada mereka: "Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَمْ لَهُمْ شُرَكَآءُ فَلْيَأْتُوا۟ بِشُرَكَآئِهِمْ إِن كَانُوا۟ صَٰدِقِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihAtau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang sefaham dengan mereka? Kalau ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang-orang yang benar.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى ٱلسُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

خَٰشِعَةً أَبْصَٰرُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ وَقَدْ كَانُوا۟ يُدْعَوْنَ إِلَى ٱلسُّجُودِ وَهُمْ سَٰلِمُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihSambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَذَرْنِى وَمَن يُكَذِّبُ بِهَٰذَا ٱلْحَدِيثِ سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihBiarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأُمْلِى لَهُمْ إِنَّ كَيْدِى مَتِينٌ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَمْ تَسْـَٔلُهُمْ أَجْرًا فَهُم مِّن مَّغْرَمٍ مُّثْقَلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihPernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَمْ عِندَهُمُ ٱلْغَيْبُ فَهُمْ يَكْتُبُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihAtau adakah di sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تَكُن كَصَاحِبِ ٱلْحُوتِ إِذْ نَادَىٰ وَهُوَ مَكْظُومٌ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَّوْلَآ أَن تَدَٰرَكَهُۥ نِعْمَةٌ مِّن رَّبِّهِۦ لَنُبِذَ بِٱلْعَرَآءِ وَهُوَ مَذْمُومٌ

Abdullah Muhammad BasmeihKalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱجْتَبَٰهُ رَبُّهُۥ فَجَعَلَهُۥ مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSelepas itu Tuhannya memilihnya, serta menjadikan dia dari orang-orang yang soleh.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِن يَكَادُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَٰرِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا۟ ٱلذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُۥ لَمَجْنُونٌ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihPadahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
Bahasa — 70