caseriqCarian makna dalam Al-Quran

Surah Al-Fajr الفجر

30 ayat · Makkah · susunan penurunan 10

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَٱلْفَجْرِ

Abdullah Muhammad BasmeihDemi waktu fajar;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَيَالٍ عَشْرٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلشَّفْعِ وَٱلْوَتْرِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan bilangan yang genap serta yang ganjil;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلَّيْلِ إِذَا يَسْرِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan malam, apabila ia berlalu; -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

هَلْ فِى ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِى حِجْرٍ

Abdullah Muhammad BasmeihBukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ

Abdullah Muhammad Basmeih(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِرَمَ ذَاتِ ٱلْعِمَادِ

Abdullah Muhammad BasmeihIaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ٱلَّتِى لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِى ٱلْبِلَٰدِ

Abdullah Muhammad BasmeihYang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُوا۟ ٱلصَّخْرَ بِٱلْوَادِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَفِرْعَوْنَ ذِى ٱلْأَوْتَادِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ٱلَّذِينَ طَغَوْا۟ فِى ٱلْبِلَٰدِ

Abdullah Muhammad Basmeih(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَكْثَرُوا۟ فِيهَا ٱلْفَسَادَ

Abdullah Muhammad BasmeihLalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلْمِرْصَادِ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَمَّا ٱلْإِنسَٰنُ إِذَا مَا ٱبْتَلَىٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكْرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكْرَمَنِ

Abdullah Muhammad Basmeih(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبْتَلَىٰهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَهَٰنَنِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَلَّا بَل لَّا تُكْرِمُونَ ٱلْيَتِيمَ

Abdullah Muhammad BasmeihJangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَا تَحَٰٓضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَتَأْكُلُونَ ٱلتُّرَاثَ أَكْلًا لَّمًّا

Abdullah Muhammad BasmeihDan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَتُحِبُّونَ ٱلْمَالَ حُبًّا جَمًّا

Abdullah Muhammad BasmeihSerta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَلَّآ إِذَا دُكَّتِ ٱلْأَرْضُ دَكًّا دَكًّا

Abdullah Muhammad BasmeihJangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا

Abdullah Muhammad BasmeihDan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَجِا۟ىٓءَ يَوْمَئِذٍۭ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ ٱلْإِنسَٰنُ وَأَنَّىٰ لَهُ ٱلذِّكْرَىٰ

Abdullah Muhammad BasmeihSerta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَقُولُ يَٰلَيْتَنِى قَدَّمْتُ لِحَيَاتِى

Abdullah Muhammad BasmeihIa akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُۥٓ أَحَدٌ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُۥٓ أَحَدٌ

Abdullah Muhammad BasmeihDan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ

Abdullah Muhammad Basmeih(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ٱرْجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً

Abdullah Muhammad Basmeih"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱدْخُلِى فِى عِبَٰدِى

Abdullah Muhammad Basmeih"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱدْخُلِى جَنَّتِى

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

Lihat semua terjemahan ayat ini →

Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
Bahasa — 70