Laman utama › Surah › Surah Al-Ghaashiya
Surah Al-Ghaashiya الغاشية
26 ayat · Makkah · susunan penurunan 68
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَٰشِيَةِ
Abdullah Muhammad Basmeih Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً
Abdullah Muhammad Basmeih Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ
Abdullah Muhammad Basmeih (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَٰغِيَةً
Abdullah Muhammad Basmeih Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ
Abdullah Muhammad Basmeih Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ
Abdullah Muhammad Basmeih Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم
Abdullah Muhammad Basmeih Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
← Surah Al-A'laa
Surah Al-Fajr →
Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
→
Teks Arab dan terjemahan melalui Tanzil dan QuranEnc — tepat, tanpa diubah · Terjemahan milik penterjemahnya dan bukan Al-Quran itu sendiri
Ini ialah alat bantu penyelidikan, bukan sumber fatwa.