caseriqCarian makna dalam Al-Quran

Surah Al-Balad البلد

20 ayat · Makkah · susunan penurunan 35

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ لَآ أُقْسِمُ بِهَٰذَا ٱلْبَلَدِ

Abdullah Muhammad BasmeihAku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَنتَ حِلٌّۢ بِهَٰذَا ٱلْبَلَدِ

Abdullah Muhammad BasmeihSedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَوَالِدٍ وَمَا وَلَدَ

Abdullah Muhammad BasmeihDemi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِى كَبَدٍ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَيَحْسَبُ أَن لَّن يَقْدِرَ عَلَيْهِ أَحَدٌ

Abdullah Muhammad BasmeihPatutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَقُولُ أَهْلَكْتُ مَالًا لُّبَدًا

Abdullah Muhammad BasmeihManusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَيَحْسَبُ أَن لَّمْ يَرَهُۥٓ أَحَدٌ

Abdullah Muhammad BasmeihAdakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَلَمْ نَجْعَل لَّهُۥ عَيْنَيْنِ

Abdullah Muhammad Basmeih(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَهَدَيْنَٰهُ ٱلنَّجْدَيْنِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَلَا ٱقْتَحَمَ ٱلْعَقَبَةَ

Abdullah Muhammad BasmeihDalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْعَقَبَةُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَكُّ رَقَبَةٍ

Abdullah Muhammad Basmeih(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَوْ إِطْعَٰمٌ فِى يَوْمٍ ذِى مَسْغَبَةٍ

Abdullah Muhammad BasmeihAtau memberi makan pada hari kelaparan -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَتِيمًا ذَا مَقْرَبَةٍ

Abdullah Muhammad BasmeihKepada anak yatim dari kaum kerabat,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَوْ مِسْكِينًا ذَا مَتْرَبَةٍ

Abdullah Muhammad BasmeihAtau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْمَرْحَمَةِ

Abdullah Muhammad BasmeihSelain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ

Abdullah Muhammad Basmeih(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا هُمْ أَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

عَلَيْهِمْ نَارٌ مُّؤْصَدَةٌۢ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
Bahasa — 70