caseriqCarian makna dalam Al-Quran

Surah As-Saaffaat الصافات

182 ayat · Makkah · susunan penurunan 56

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَٱلصَّٰٓفَّٰتِ صَفًّا

Abdullah Muhammad BasmeihDemi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱلزَّٰجِرَٰتِ زَجْرًا

Abdullah Muhammad Basmeih(Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱلتَّٰلِيَٰتِ ذِكْرًا

Abdullah Muhammad Basmeih(Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ إِلَٰهَكُمْ لَوَٰحِدٌ

Abdullah Muhammad Basmeih(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

رَّبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَرَبُّ ٱلْمَشَٰرِقِ

Abdullah Muhammad BasmeihTuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنْيَا بِزِينَةٍ ٱلْكَوَاكِبِ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَحِفْظًا مِّن كُلِّ شَيْطَٰنٍ مَّارِدٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى ٱلْمَلَإِ ٱلْأَعْلَىٰ وَيُقْذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٍ

Abdullah Muhammad Basmeih(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

دُحُورًا وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ

Abdullah Muhammad BasmeihUntuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَّا مَنْ خَطِفَ ٱلْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُۥ شِهَابٌ ثَاقِبٌ

Abdullah Muhammad BasmeihKecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱسْتَفْتِهِمْ أَهُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَم مَّنْ خَلَقْنَآ إِنَّا خَلَقْنَٰهُم مِّن طِينٍ لَّازِبٍۭ

Abdullah Muhammad Basmeih(Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بَلْ عَجِبْتَ وَيَسْخَرُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِذَا ذُكِّرُوا۟ لَا يَذْكُرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِذَا رَأَوْا۟ ءَايَةً يَسْتَسْخِرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَقَالُوٓا۟ إِنْ هَٰذَآ إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ

Abdullah Muhammad BasmeihSerta mereka berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَءِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَوَءَابَآؤُنَا ٱلْأَوَّلُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قُلْ نَعَمْ وَأَنتُمْ دَٰخِرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihJawablah (wahai Muhammad): "Ya, benar !(Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina ".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَإِنَّمَا هِىَ زَجْرَةٌ وَٰحِدَةٌ فَإِذَا هُمْ يَنظُرُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَقَالُوا۟ يَٰوَيْلَنَا هَٰذَا يَوْمُ ٱلدِّينِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan (pada saat itu) mereka berkata:" Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

هَٰذَا يَوْمُ ٱلْفَصْلِ ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Lalu malaikat berkata kepada mereka): " Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya ".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ٱحْشُرُوا۟ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ وَأَزْوَٰجَهُمْ وَمَا كَانُوا۟ يَعْبُدُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Allah berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مِن دُونِ ٱللَّهِ فَٱهْدُوهُمْ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلْجَحِيمِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَقِفُوهُمْ إِنَّهُم مَّسْـُٔولُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal:

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مَا لَكُمْ لَا تَنَاصَرُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بَلْ هُمُ ٱلْيَوْمَ مُسْتَسْلِمُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَسَآءَلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوٓا۟ إِنَّكُمْ كُنتُمْ تَأْتُونَنَا عَنِ ٱلْيَمِينِ

Abdullah Muhammad BasmeihPengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوا۟ بَل لَّمْ تَكُونُوا۟ مُؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKetua-ketuanya menjawab: " (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَا كَانَ لَنَا عَلَيْكُم مِّن سُلْطَٰنٍۭ بَلْ كُنتُمْ قَوْمًا طَٰغِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَحَقَّ عَلَيْنَا قَوْلُ رَبِّنَآ إِنَّا لَذَآئِقُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَغْوَيْنَٰكُمْ إِنَّا كُنَّا غَٰوِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَإِنَّهُمْ يَوْمَئِذٍ فِى ٱلْعَذَابِ مُشْتَرِكُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّا كَذَٰلِكَ نَفْعَلُ بِٱلْمُجْرِمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّهُمْ كَانُوٓا۟ إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihSebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوٓا۟ ءَالِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَّجْنُونٍۭ

Abdullah Muhammad BasmeihSerta mereka berkata: " Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بَلْ جَآءَ بِٱلْحَقِّ وَصَدَّقَ ٱلْمُرْسَلِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّكُمْ لَذَآئِقُوا۟ ٱلْعَذَابِ ٱلْأَلِيمِ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمْ رِزْقٌ مَّعْلُومٌ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَوَٰكِهُ وَهُم مُّكْرَمُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihIaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فِى جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ

Abdullah Muhammad BasmeihDi dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَٰبِلِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يُطَافُ عَلَيْهِم بِكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍۭ

Abdullah Muhammad BasmeihDiedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بَيْضَآءَ لَذَّةٍ لِّلشَّٰرِبِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMinuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَا فِيهَا غَوْلٌ وَلَا هُمْ عَنْهَا يُنزَفُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihIa tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَعِندَهُمْ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ عِينٌ

Abdullah Muhammad BasmeihSedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَأَنَّهُنَّ بَيْضٌ مَّكْنُونٌ

Abdullah Muhammad Basmeih(Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَسَآءَلُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ قَآئِلٌ مِّنْهُمْ إِنِّى كَانَ لِى قَرِينٌ

Abdullah Muhammad BasmeihSeorang di antaranya berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَقُولُ أَءِنَّكَ لَمِنَ ٱلْمُصَدِّقِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَءِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَدِينُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? " '

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ هَلْ أَنتُم مُّطَّلِعُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: " Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱطَّلَعَ فَرَءَاهُ فِى سَوَآءِ ٱلْجَحِيمِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ تَٱللَّهِ إِن كِدتَّ لَتُرْدِينِ

Abdullah Muhammad BasmeihIa pun (menempelaknya dengan) berkata:" Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَوْلَا نِعْمَةُ رَبِّى لَكُنتُ مِنَ ٱلْمُحْضَرِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab) ".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَفَمَا نَحْنُ بِمَيِّتِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Kemudian ia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): " Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَّا مَوْتَتَنَا ٱلْأُولَىٰ وَمَا نَحْنُ بِمُعَذَّبِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Selain dari kematian kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لِمِثْلِ هَٰذَا فَلْيَعْمَلِ ٱلْعَٰمِلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihUntuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَذَٰلِكَ خَيْرٌ نُّزُلًا أَمْ شَجَرَةُ ٱلزَّقُّومِ

Abdullah Muhammad BasmeihManakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّا جَعَلْنَٰهَا فِتْنَةً لِّلظَّٰلِمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِىٓ أَصْلِ ٱلْجَحِيمِ

Abdullah Muhammad BasmeihSebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

طَلْعُهَا كَأَنَّهُۥ رُءُوسُ ٱلشَّيَٰطِينِ

Abdullah Muhammad BasmeihBuahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَإِنَّهُمْ لَـَٔاكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِـُٔونَ مِنْهَا ٱلْبُطُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ إِنَّ لَهُمْ عَلَيْهَا لَشَوْبًا مِّنْ حَمِيمٍ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ إِنَّ مَرْجِعَهُمْ لَإِلَى ٱلْجَحِيمِ

Abdullah Muhammad BasmeihSetelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّهُمْ أَلْفَوْا۟ ءَابَآءَهُمْ ضَآلِّينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَهُمْ عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمْ يُهْرَعُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihLalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَقَدْ ضَلَّ قَبْلَهُمْ أَكْثَرُ ٱلْأَوَّلِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا فِيهِم مُّنذِرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihPada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱنظُرْ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُنذَرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَقَدْ نَادَىٰنَا نُوحٌ فَلَنِعْمَ ٱلْمُجِيبُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَنَجَّيْنَٰهُ وَأَهْلَهُۥ مِنَ ٱلْكَرْبِ ٱلْعَظِيمِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَجَعَلْنَا ذُرِّيَّتَهُۥ هُمُ ٱلْبَاقِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

Lihat semua terjemahan ayat ini →

سَلَٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ فِى ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDemikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ أَغْرَقْنَا ٱلْـَٔاخَرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِۦ لَإِبْرَٰهِيمَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِذْ جَآءَ رَبَّهُۥ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Abdullah Muhammad BasmeihKetika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِۦ مَاذَا تَعْبُدُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihKetika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: " Apa yang kamu sembah?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَئِفْكًا ءَالِهَةً دُونَ ٱللَّهِ تُرِيدُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَمَا ظَنُّكُم بِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَنَظَرَ نَظْرَةً فِى ٱلنُّجُومِ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَقَالَ إِنِّى سَقِيمٌ

Abdullah Muhammad BasmeihLalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَتَوَلَّوْا۟ عَنْهُ مُدْبِرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSetelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَرَاغَ إِلَىٰٓ ءَالِهَتِهِمْ فَقَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihLalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مَا لَكُمْ لَا تَنطِقُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Mengapa kamu tidak menjawab?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَرَاغَ عَلَيْهِمْ ضَرْبًۢا بِٱلْيَمِينِ

Abdullah Muhammad BasmeihLalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَقْبَلُوٓا۟ إِلَيْهِ يَزِفُّونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ أَتَعْبُدُونَ مَا تَنْحِتُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوا۟ ٱبْنُوا۟ لَهُۥ بُنْيَٰنًا فَأَلْقُوهُ فِى ٱلْجَحِيمِ

Abdullah Muhammad Basmeih(Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَرَادُوا۟ بِهِۦ كَيْدًا فَجَعَلْنَٰهُمُ ٱلْأَسْفَلِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَقَالَ إِنِّى ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّى سَيَهْدِينِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبَشَّرْنَٰهُ بِغُلَٰمٍ حَلِيمٍ

Abdullah Muhammad BasmeihLalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَلَمَّآ أَسْلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلْجَبِينِ

Abdullah Muhammad BasmeihSetelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَنَٰدَيْنَٰهُ أَن يَٰٓإِبْرَٰهِيمُ

Abdullah Muhammad BasmeihSerta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَدْ صَدَّقْتَ ٱلرُّءْيَآ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلْبَلَٰٓؤُا۟ ٱلْمُبِينُ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَفَدَيْنَٰهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

Lihat semua terjemahan ayat ini →

سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِبْرَٰهِيمَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDemikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَبَشَّرْنَٰهُ بِإِسْحَٰقَ نَبِيًّا مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَبَٰرَكْنَا عَلَيْهِ وَعَلَىٰٓ إِسْحَٰقَ وَمِن ذُرِّيَّتِهِمَا مُحْسِنٌ وَظَالِمٌ لِّنَفْسِهِۦ مُبِينٌ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَقَدْ مَنَنَّا عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan demi sesungguhnya! kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَنَجَّيْنَٰهُمَا وَقَوْمَهُمَا مِنَ ٱلْكَرْبِ ٱلْعَظِيمِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami selamatkan keduanya dan kaumnya dari kesusahan yang besar;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَنَصَرْنَٰهُمْ فَكَانُوا۟ هُمُ ٱلْغَٰلِبِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَءَاتَيْنَٰهُمَا ٱلْكِتَٰبَ ٱلْمُسْتَبِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami berikan kepada keduanya Kitab Suci yang amat jelas keterangannya;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَهَدَيْنَٰهُمَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami berikan hidayah petunjuk kepada keduanya ke jalan yang lurus.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَتَرَكْنَا عَلَيْهِمَا فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami kekalkan bagi keduanya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

Lihat semua terjemahan ayat ini →

سَلَٰمٌ عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDemikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّهُمَا مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya mereka berdua adalah dari hamba-hamba Kami yang beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ إِلْيَاسَ لَمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِۦٓ أَلَا تَتَّقُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَتَدْعُونَ بَعْلًا وَتَذَرُونَ أَحْسَنَ ٱلْخَٰلِقِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Patutkah kamu menyembah berhala Ba'la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ٱللَّهَ رَبَّكُمْ وَرَبَّ ءَابَآئِكُمُ ٱلْأَوَّلِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَكَذَّبُوهُ فَإِنَّهُمْ لَمُحْضَرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

Lihat semua terjemahan ayat ini →

سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِلْ يَاسِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDemikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ لُوطًا لَّمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِذْ نَجَّيْنَٰهُ وَأَهْلَهُۥٓ أَجْمَعِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(ingatkanlah peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَّا عَجُوزًا فِى ٱلْغَٰبِرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ دَمَّرْنَا ٱلْـَٔاخَرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّكُمْ لَتَمُرُّونَ عَلَيْهِم مُّصْبِحِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَبِٱلَّيْلِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِذْ أَبَقَ إِلَى ٱلْفُلْكِ ٱلْمَشْحُونِ

Abdullah Muhammad Basmeih(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ ٱلْمُدْحَضِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱلْتَقَمَهُ ٱلْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ

Abdullah Muhammad BasmeihSetelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَلَوْلَآ أَنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلْمُسَبِّحِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَلَبِثَ فِى بَطْنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihTentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَنَبَذْنَٰهُ بِٱلْعَرَآءِ وَهُوَ سَقِيمٌ

Abdullah Muhammad BasmeihOleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَنۢبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةً مِّن يَقْطِينٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَرْسَلْنَٰهُ إِلَىٰ مِا۟ئَةِ أَلْفٍ أَوْ يَزِيدُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَـَٔامَنُوا۟ فَمَتَّعْنَٰهُمْ إِلَىٰ حِينٍ

Abdullah Muhammad Basmeih(Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱسْتَفْتِهِمْ أَلِرَبِّكَ ٱلْبَنَاتُ وَلَهُمُ ٱلْبَنُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَمْ خَلَقْنَا ٱلْمَلَٰٓئِكَةَ إِنَٰثًا وَهُمْ شَٰهِدُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihAtau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَلَآ إِنَّهُم مِّنْ إِفْكِهِمْ لَيَقُولُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihKetahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَدَ ٱللَّهُ وَإِنَّهُمْ لَكَٰذِبُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Allah beranak"; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَصْطَفَى ٱلْبَنَاتِ عَلَى ٱلْبَنِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihApa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihSetelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَمْ لَكُمْ سُلْطَٰنٌ مُّبِينٌ

Abdullah Muhammad BasmeihAtau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأْتُوا۟ بِكِتَٰبِكُمْ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَجَعَلُوا۟ بَيْنَهُۥ وَبَيْنَ ٱلْجِنَّةِ نَسَبًا وَلَقَدْ عَلِمَتِ ٱلْجِنَّةُ إِنَّهُمْ لَمُحْضَرُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

سُبْحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَإِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka sebenarnya kamu (wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مَآ أَنتُمْ عَلَيْهِ بِفَٰتِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihTidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَّا مَنْ هُوَ صَالِ ٱلْجَحِيمِ

Abdullah Muhammad Basmeihkecuali orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang menjulang-julang.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَا مِنَّآ إِلَّا لَهُۥ مَقَامٌ مَّعْلُومٌ

Abdullah Muhammad Basmeih(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّا لَنَحْنُ ٱلصَّآفُّونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّا لَنَحْنُ ٱلْمُسَبِّحُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِن كَانُوا۟ لَيَقُولُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَوْ أَنَّ عِندَنَا ذِكْرًا مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَكُنَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَكَفَرُوا۟ بِهِۦ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلْمُرْسَلِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّهُمْ لَهُمُ ٱلْمَنصُورُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihBahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلْغَٰلِبُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَتَوَلَّ عَنْهُمْ حَتَّىٰ حِينٍ

Abdullah Muhammad BasmeihOleh itu berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَبْصِرْهُمْ فَسَوْفَ يُبْصِرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan lihat (apa yang akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَفَبِعَذَابِنَا يَسْتَعْجِلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka tidaklah patut mereka meminta disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَإِذَا نَزَلَ بِسَاحَتِهِمْ فَسَآءَ صَبَاحُ ٱلْمُنذَرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَتَوَلَّ عَنْهُمْ حَتَّىٰ حِينٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDan berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَبْصِرْ فَسَوْفَ يُبْصِرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan lihatlah (apa yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

سُبْحَٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihAkuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَسَلَٰمٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSerta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
Bahasa — 70