caseriqCarian makna dalam Al-Quran

Surah Al-Burooj البروج

22 ayat · Makkah · susunan penurunan 27

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْبُرُوجِ

Abdullah Muhammad BasmeihDemi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلْيَوْمِ ٱلْمَوْعُودِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan hari (pembalasan) yang dijanjikan;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قُتِلَ أَصْحَٰبُ ٱلْأُخْدُودِ

Abdullah Muhammad BasmeihCelakalah kaum yang menggali parit,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ٱلنَّارِ ذَاتِ ٱلْوَقُودِ

Abdullah Muhammad Basmeih(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ

Abdullah Muhammad Basmeih(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَهُمْ عَلَىٰ مَا يَفْعَلُونَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ

Abdullah Muhammad BasmeihSambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَا نَقَمُوا۟ مِنْهُمْ إِلَّآ أَن يُؤْمِنُوا۟ بِٱللَّهِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَمِيدِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ٱلَّذِى لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدٌ

Abdullah Muhammad BasmeihTuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُوا۟ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا۟ فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ ٱلْحَرِيقِ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمْ جَنَّٰتٌ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْكَبِيرُ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ بَطْشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّهُۥ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَهُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلْوَدُودُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ذُو ٱلْعَرْشِ ٱلْمَجِيدُ

Abdullah Muhammad BasmeihTuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ

Abdullah Muhammad BasmeihYang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْجُنُودِ

Abdullah Muhammad BasmeihSudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فِرْعَوْنَ وَثَمُودَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى تَكْذِيبٍ

Abdullah Muhammad Basmeih(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱللَّهُ مِن وَرَآئِهِم مُّحِيطٌۢ

Abdullah Muhammad BasmeihSedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بَلْ هُوَ قُرْءَانٌ مَّجِيدٌ

Abdullah Muhammad Basmeih(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فِى لَوْحٍ مَّحْفُوظٍۭ

Abdullah Muhammad Basmeih(Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
Bahasa — 70