Laman utama › Surah › Surah Al-Inshiqaaq
Surah Al-Inshiqaaq الإنشقاق
25 ayat · Makkah · susunan penurunan 83
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Apabila langit terbelah,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِذَا ٱلْأَرْضُ مُدَّتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan apabila bumi diratakan,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
Lihat semua terjemahan ayat ini →
يَٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَٰقِيهِ
Abdullah Muhammad Basmeih Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ
Abdullah Muhammad Basmeih Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا
Abdullah Muhammad Basmeih Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًا
Abdullah Muhammad Basmeih Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهْرِهِۦ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَسَوْفَ يَدْعُوا۟ ثُبُورًا
Abdullah Muhammad Basmeih Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا
Abdullah Muhammad Basmeih Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِنَّهُۥ كَانَ فِىٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًا
Abdullah Muhammad Basmeih Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِنَّهُۥ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ
Abdullah Muhammad Basmeih Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
Lihat semua terjemahan ayat ini →
بَلَىٰٓ إِنَّ رَبَّهُۥ كَانَ بِهِۦ بَصِيرًا
Abdullah Muhammad Basmeih (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلشَّفَقِ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka Aku bersumpah, demi mega;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَٱلَّيْلِ وَمَا وَسَقَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَٱلْقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ ٱلْقُرْءَانُ لَا يَسْجُدُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يُكَذِّبُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَٱللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۭ
Abdullah Muhammad Basmeih Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
← Surah Al-Mutaffifin
Surah Al-Burooj →
Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
→
Teks Arab dan terjemahan melalui Tanzil dan QuranEnc — tepat, tanpa diubah · Terjemahan milik penterjemahnya dan bukan Al-Quran itu sendiri
Ini ialah alat bantu penyelidikan, bukan sumber fatwa.