Laman utama › Surah › Surah An-Naazi'aat
Surah An-Naazi'aat النازعات
46 ayat · Makkah · susunan penurunan 81
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَٱلنَّٰزِعَٰتِ غَرْقًا
Abdullah Muhammad Basmeih Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَٱلنَّٰشِطَٰتِ نَشْطًا
Abdullah Muhammad Basmeih Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَٱلسَّٰبِحَٰتِ سَبْحًا
Abdullah Muhammad Basmeih Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَٱلسَّٰبِقَٰتِ سَبْقًا
Abdullah Muhammad Basmeih Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَٱلْمُدَبِّرَٰتِ أَمْرًا
Abdullah Muhammad Basmeih Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
يَوْمَ تَرْجُفُ ٱلرَّاجِفَةُ
Abdullah Muhammad Basmeih Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),
Lihat semua terjemahan ayat ini →
تَتْبَعُهَا ٱلرَّادِفَةُ
Abdullah Muhammad Basmeih Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);
Lihat semua terjemahan ayat ini →
قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
أَبْصَٰرُهَا خَٰشِعَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Pemandangannya tunduk gerun.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
يَقُولُونَ أَءِنَّا لَمَرْدُودُونَ فِى ٱلْحَافِرَةِ
Abdullah Muhammad Basmeih Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
أَءِذَا كُنَّا عِظَٰمًا نَّخِرَةً
Abdullah Muhammad Basmeih "Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?"
Lihat semua terjemahan ayat ini →
قَالُوا۟ تِلْكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَإِنَّمَا هِىَ زَجْرَةٌ وَٰحِدَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَإِذَا هُم بِٱلسَّاهِرَةِ
Abdullah Muhammad Basmeih Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰٓ
Abdullah Muhammad Basmeih Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِذْ نَادَىٰهُ رَبُّهُۥ بِٱلْوَادِ ٱلْمُقَدَّسِ طُوًى
Abdullah Muhammad Basmeih Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ٱذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih (Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَىٰٓ أَن تَزَكَّىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih "Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih `Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَأَرَىٰهُ ٱلْـَٔايَةَ ٱلْكُبْرَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih (Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَحَشَرَ فَنَادَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَقَالَ أَنَا۠ رَبُّكُمُ ٱلْأَعْلَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَأَخَذَهُ ٱللَّهُ نَكَالَ ٱلْـَٔاخِرَةِ وَٱلْأُولَىٰٓ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَىٰٓ
Abdullah Muhammad Basmeih Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ءَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ ٱلسَّمَآءُ بَنَىٰهَا
Abdullah Muhammad Basmeih (Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!
Lihat semua terjemahan ayat ini →
رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّىٰهَا
Abdullah Muhammad Basmeih Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَىٰهَا
Abdullah Muhammad Basmeih Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَٱلْأَرْضَ بَعْدَ ذَٰلِكَ دَحَىٰهَآ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
أَخْرَجَ مِنْهَا مَآءَهَا وَمَرْعَىٰهَا
Abdullah Muhammad Basmeih Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَٱلْجِبَالَ أَرْسَىٰهَا
Abdullah Muhammad Basmeih Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
Lihat semua terjemahan ayat ini →
مَتَٰعًا لَّكُمْ وَلِأَنْعَٰمِكُمْ
Abdullah Muhammad Basmeih (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَإِذَا جَآءَتِ ٱلطَّآمَّةُ ٱلْكُبْرَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
يَوْمَ يَتَذَكَّرُ ٱلْإِنسَٰنُ مَا سَعَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَبُرِّزَتِ ٱلْجَحِيمُ لِمَن يَرَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَأَمَّا مَن طَغَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَءَاثَرَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا
Abdullah Muhammad Basmeih Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَإِنَّ ٱلْجَحِيمَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَإِنَّ ٱلْجَنَّةَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَىٰهَا
Abdullah Muhammad Basmeih Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فِيمَ أَنتَ مِن ذِكْرَىٰهَآ
Abdullah Muhammad Basmeih Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِلَىٰ رَبِّكَ مُنتَهَىٰهَآ
Abdullah Muhammad Basmeih Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخْشَىٰهَا
Abdullah Muhammad Basmeih Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوٓا۟ إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَىٰهَا
Abdullah Muhammad Basmeih (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
← Surah An-Naba
Surah Abasa →
Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
→
Teks Arab dan terjemahan melalui Tanzil dan QuranEnc — tepat, tanpa diubah · Terjemahan milik penterjemahnya dan bukan Al-Quran itu sendiri
Ini ialah alat bantu penyelidikan, bukan sumber fatwa.