caseriqCarian makna dalam Al-Quran

Surah Abasa عبس

42 ayat · Makkah · susunan penurunan 24

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ

Abdullah Muhammad BasmeihIa memasamkan muka dan berpaling,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَن جَآءَهُ ٱلْأَعْمَىٰ

Abdullah Muhammad BasmeihKerana ia didatangi orang buta.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ

Abdullah Muhammad BasmeihDan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكْرَىٰٓ

Abdullah Muhammad BasmeihAtaupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَمَّا مَنِ ٱسْتَغْنَىٰ

Abdullah Muhammad BasmeihAdapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَنتَ لَهُۥ تَصَدَّىٰ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ

Abdullah Muhammad BasmeihPadahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسْعَىٰ

Abdullah Muhammad BasmeihAdapun orang yang segera datang kepadamu,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَهُوَ يَخْشَىٰ

Abdullah Muhammad BasmeihDengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka engkau berlengah-lengah melayaninya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَلَّآ إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ

Abdullah Muhammad BasmeihJanganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فِى صُحُفٍ مُّكَرَّمَةٍ

Abdullah Muhammad Basmeih(Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مَّرْفُوعَةٍ مُّطَهَّرَةٍۭ

Abdullah Muhammad BasmeihYang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بِأَيْدِى سَفَرَةٍ

Abdullah Muhammad Basmeih(Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كِرَامٍۭ بَرَرَةٍ

Abdullah Muhammad Basmeih(Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قُتِلَ ٱلْإِنسَٰنُ مَآ أَكْفَرَهُۥ

Abdullah Muhammad BasmeihBinasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مِنْ أَىِّ شَىْءٍ خَلَقَهُۥ

Abdullah Muhammad Basmeih(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مِن نُّطْفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ

Abdullah Muhammad BasmeihDari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقْبَرَهُۥ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ إِذَا شَآءَ أَنشَرَهُۥ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَلَّا لَمَّا يَقْضِ مَآ أَمَرَهُۥ

Abdullah Muhammad BasmeihJanganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ

Abdullah Muhammad Basmeih(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَنَّا صَبَبْنَا ٱلْمَآءَ صَبًّا

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ شَقَقْنَا ٱلْأَرْضَ شَقًّا

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَنۢبَتْنَا فِيهَا حَبًّا

Abdullah Muhammad BasmeihLalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَعِنَبًا وَقَضْبًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan buah anggur serta sayur-sayuran,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَزَيْتُونًا وَنَخْلًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan Zaitun serta pohon-pohon kurma,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَحَدَآئِقَ غُلْبًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan taman-taman yang menghijau subur,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَفَٰكِهَةً وَأَبًّا

Abdullah Muhammad BasmeihDan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مَّتَٰعًا لَّكُمْ وَلِأَنْعَٰمِكُمْ

Abdullah Muhammad BasmeihUntuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَإِذَا جَآءَتِ ٱلصَّآخَّةُ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَوْمَ يَفِرُّ ٱلْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ

Abdullah Muhammad BasmeihPada hari seseorang itu lari dari saudaranya,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan ibunya serta bapanya,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَصَٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan isterinya serta anak-anaknya; -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لِكُلِّ ٱمْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ

Abdullah Muhammad BasmeihKerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُّسْفِرَةٌ

Abdullah Muhammad BasmeihMuka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ضَاحِكَةٌ مُّسْتَبْشِرَةٌ

Abdullah Muhammad BasmeihTertawa, lagi bersuka ria;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ

Abdullah Muhammad BasmeihDan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ

Abdullah Muhammad BasmeihDiliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْكَفَرَةُ ٱلْفَجَرَةُ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
Bahasa — 70