caseriqCarian makna dalam Al-Quran

Surah An-Naba النبإ

40 ayat · Makkah · susunan penurunan 80

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihTentang apakah mereka bertanya-tanya?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلْعَظِيمِ

Abdullah Muhammad BasmeihTentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ٱلَّذِى هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihYang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَلَّا سَيَعْلَمُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihJangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihSekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَلَمْ نَجْعَلِ ٱلْأَرْضَ مِهَٰدًا

Abdullah Muhammad Basmeih(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلْجِبَالَ أَوْتَادًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَخَلَقْنَٰكُمْ أَزْوَٰجًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَجَعَلْنَا ٱلَّيْلَ لِبَاسًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَجَعَلْنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَجَعَلْنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلْمُعْصِرَٰتِ مَآءً ثَجَّاجًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لِّنُخْرِجَ بِهِۦ حَبًّا وَنَبَاتًا

Abdullah Muhammad BasmeihUntuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَجَنَّٰتٍ أَلْفَافًا

Abdullah Muhammad BasmeihSerta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ يَوْمَ ٱلْفَصْلِ كَانَ مِيقَٰتًا

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَوْمَ يُنفَخُ فِى ٱلصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًا

Abdullah Muhammad BasmeihIaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ أَبْوَٰبًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَسُيِّرَتِ ٱلْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتْ مِرْصَادًا

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لِّلطَّٰغِينَ مَـَٔابًا

Abdullah Muhammad BasmeihUntuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَّٰبِثِينَ فِيهَآ أَحْقَابًا

Abdullah Muhammad BasmeihMereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًا وَلَا شَرَابًا

Abdullah Muhammad BasmeihMereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا

Abdullah Muhammad BasmeihKecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

جَزَآءً وِفَاقًا

Abdullah Muhammad BasmeihSebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّهُمْ كَانُوا۟ لَا يَرْجُونَ حِسَابًا

Abdullah Muhammad BasmeihKerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا كِذَّابًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَكُلَّ شَىْءٍ أَحْصَيْنَٰهُ كِتَٰبًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَذُوقُوا۟ فَلَن نَّزِيدَكُمْ إِلَّا عَذَابًا

Abdullah Muhammad Basmeih(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازًا

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

حَدَآئِقَ وَأَعْنَٰبًا

Abdullah Muhammad Basmeih(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا

Abdullah Muhammad BasmeihDan perawan-perawan yang sebaya umurnya;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَكَأْسًا دِهَاقًا

Abdullah Muhammad BasmeihSerta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَّا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا كِذَّٰبًا

Abdullah Muhammad BasmeihMereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

جَزَآءً مِّن رَّبِّكَ عَطَآءً حِسَابًا

Abdullah Muhammad BasmeihSebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

رَّبِّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ٱلرَّحْمَٰنِ لَا يَمْلِكُونَ مِنْهُ خِطَابًا

Abdullah Muhammad BasmeihTuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَوْمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةُ صَفًّا لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحْمَٰنُ وَقَالَ صَوَابًا

Abdullah Muhammad Basmeih(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ذَٰلِكَ ٱلْيَوْمُ ٱلْحَقُّ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا

Abdullah Muhammad BasmeihItulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّآ أَنذَرْنَٰكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنظُرُ ٱلْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلْكَافِرُ يَٰلَيْتَنِى كُنتُ تُرَٰبًۢا

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
Bahasa — 70