caseriqCarian makna dalam Al-Quran

Surah Ash-Shu'araa الشعراء

227 ayat · Makkah · susunan penurunan 47

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ طسٓمٓ

Abdullah Muhammad BasmeihTaa, Siin, Miim.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

تِلْكَ ءَايَٰتُ ٱلْكِتَٰبِ ٱلْمُبِينِ

Abdullah Muhammad BasmeihIni ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَعَلَّكَ بَٰخِعٌ نَّفْسَكَ أَلَّا يَكُونُوا۟ مُؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihJangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِن نَّشَأْ نُنَزِّلْ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ ءَايَةً فَظَلَّتْ أَعْنَٰقُهُمْ لَهَا خَٰضِعِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَا يَأْتِيهِم مِّن ذِكْرٍ مِّنَ ٱلرَّحْمَٰنِ مُحْدَثٍ إِلَّا كَانُوا۟ عَنْهُ مُعْرِضِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَقَدْ كَذَّبُوا۟ فَسَيَأْتِيهِمْ أَنۢبَٰٓؤُا۟ مَا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihOleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَوَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَى ٱلْأَرْضِ كَمْ أَنۢبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ

Abdullah Muhammad BasmeihMasihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِذْ نَادَىٰ رَبُّكَ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱئْتِ ٱلْقَوْمَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَوْمَ فِرْعَوْنَ أَلَا يَتَّقُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ رَبِّ إِنِّىٓ أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَيَضِيقُ صَدْرِى وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِى فَأَرْسِلْ إِلَىٰ هَٰرُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَهُمْ عَلَىَّ ذَنۢبٌ فَأَخَافُ أَن يَقْتُلُونِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ كَلَّا فَٱذْهَبَا بِـَٔايَٰتِنَآ إِنَّا مَعَكُم مُّسْتَمِعُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihAllah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأْتِيَا فِرْعَوْنَ فَقُولَآ إِنَّا رَسُولُ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَنْ أَرْسِلْ مَعَنَا بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ أَلَمْ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًا وَلَبِثْتَ فِينَا مِنْ عُمُرِكَ سِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihFiraun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَفَعَلْتَ فَعْلَتَكَ ٱلَّتِى فَعَلْتَ وَأَنتَ مِنَ ٱلْكَٰفِرِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ فَعَلْتُهَآ إِذًا وَأَنَا۠ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَفَرَرْتُ مِنكُمْ لَمَّا خِفْتُكُمْ فَوَهَبَ لِى رَبِّى حُكْمًا وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَتِلْكَ نِعْمَةٌ تَمُنُّهَا عَلَىَّ أَنْ عَبَّدتَّ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ فِرْعَوْنُ وَمَا رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihFiraun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَآ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Musa menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ لِمَنْ حَوْلَهُۥٓ أَلَا تَسْتَمِعُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihFiraun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ رَبُّكُمْ وَرَبُّ ءَابَآئِكُمُ ٱلْأَوَّلِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Musa menegaskan lagi: "Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu."

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ ٱلَّذِىٓ أُرْسِلَ إِلَيْكُمْ لَمَجْنُونٌ

Abdullah Muhammad BasmeihFiraun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ رَبُّ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ وَمَا بَيْنَهُمَآ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: "Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ لَئِنِ ٱتَّخَذْتَ إِلَٰهًا غَيْرِى لَأَجْعَلَنَّكَ مِنَ ٱلْمَسْجُونِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihFiraun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ أَوَلَوْ جِئْتُكَ بِشَىْءٍ مُّبِينٍ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Musa menjawab: "Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ فَأْتِ بِهِۦٓ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihFiraun berkata: "Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَلْقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِىَ ثُعْبَانٌ مُّبِينٌ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَنَزَعَ يَدَهُۥ فَإِذَا هِىَ بَيْضَآءُ لِلنَّٰظِرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ لِلْمَلَإِ حَوْلَهُۥٓ إِنَّ هَٰذَا لَسَٰحِرٌ عَلِيمٌ

Abdullah Muhammad BasmeihFiraun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يُرِيدُ أَن يُخْرِجَكُم مِّنْ أَرْضِكُم بِسِحْرِهِۦ فَمَاذَا تَأْمُرُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوٓا۟ أَرْجِهْ وَأَخَاهُ وَٱبْعَثْ فِى ٱلْمَدَآئِنِ حَٰشِرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَأْتُوكَ بِكُلِّ سَحَّارٍ عَلِيمٍ

Abdullah Muhammad Basmeih"Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَجُمِعَ ٱلسَّحَرَةُ لِمِيقَٰتِ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ

Abdullah Muhammad BasmeihLalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَقِيلَ لِلنَّاسِ هَلْ أَنتُم مُّجْتَمِعُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan dikatakan kepada orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya;.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ ٱلسَّحَرَةَ إِن كَانُوا۟ هُمُ ٱلْغَٰلِبِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Semoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَلَمَّا جَآءَ ٱلسَّحَرَةُ قَالُوا۟ لِفِرْعَوْنَ أَئِنَّ لَنَا لَأَجْرًا إِن كُنَّا نَحْنُ ٱلْغَٰلِبِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ نَعَمْ وَإِنَّكُمْ إِذًا لَّمِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihFiraun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ لَهُم مُّوسَىٰٓ أَلْقُوا۟ مَآ أَنتُم مُّلْقُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Musa berkata kepada mereka: "Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَلْقَوْا۟ حِبَالَهُمْ وَعِصِيَّهُمْ وَقَالُوا۟ بِعِزَّةِ فِرْعَوْنَ إِنَّا لَنَحْنُ ٱلْغَٰلِبُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihLalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَلْقَىٰ مُوسَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِىَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأُلْقِىَ ٱلسَّحَرَةُ سَٰجِدِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا بِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

رَبِّ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ ءَامَنتُمْ لَهُۥ قَبْلَ أَنْ ءَاذَنَ لَكُمْ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ ٱلَّذِى عَلَّمَكُمُ ٱلسِّحْرَ فَلَسَوْفَ تَعْلَمُونَ لَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلَٰفٍ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihFiraun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوا۟ لَا ضَيْرَ إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka menjawab: "(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّا نَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَٰيَٰنَآ أَن كُنَّآ أَوَّلَ ٱلْمُؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِىٓ إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَرْسَلَ فِرْعَوْنُ فِى ٱلْمَدَآئِنِ حَٰشِرِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ لَشِرْذِمَةٌ قَلِيلُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Sambil berkata kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّهُمْ لَنَا لَغَآئِظُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَٰذِرُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَخْرَجْنَٰهُم مِّن جَنَّٰتٍ وَعُيُونٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَكُنُوزٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَذَٰلِكَ وَأَوْرَثْنَٰهَا بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ

Abdullah Muhammad BasmeihDemikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَتْبَعُوهُم مُّشْرِقِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَلَمَّا تَرَٰٓءَا ٱلْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَٰبُ مُوسَىٰٓ إِنَّا لَمُدْرَكُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihSetelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ كَلَّآ إِنَّ مَعِىَ رَبِّى سَيَهْدِينِ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ

Abdullah Muhammad BasmeihLalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَزْلَفْنَا ثَمَّ ٱلْـَٔاخَرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَنجَيْنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُۥٓ أَجْمَعِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ أَغْرَقْنَا ٱلْـَٔاخَرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ إِبْرَٰهِيمَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِۦ مَا تَعْبُدُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihKetika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوا۟ نَعْبُدُ أَصْنَامًا فَنَظَلُّ لَهَا عَٰكِفِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ تَدْعُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَوْ يَنفَعُونَكُمْ أَوْ يَضُرُّونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوا۟ بَلْ وَجَدْنَآ ءَابَآءَنَا كَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ أَفَرَءَيْتُم مَّا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَنتُمْ وَءَابَآؤُكُمُ ٱلْأَقْدَمُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّىٓ إِلَّا رَبَّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَهْدِينِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلَّذِى هُوَ يُطْعِمُنِى وَيَسْقِينِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلَّذِى يُمِيتُنِى ثُمَّ يُحْيِينِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلَّذِىٓ أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِى خَطِيٓـَٔتِى يَوْمَ ٱلدِّينِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

رَبِّ هَبْ لِى حُكْمًا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّٰلِحِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱجْعَل لِّى لِسَانَ صِدْقٍ فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱجْعَلْنِى مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱغْفِرْ لِأَبِىٓ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَا تُخْزِنِى يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَّا مَنْ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Abdullah Muhammad Basmeih"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأُزْلِفَتِ ٱلْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَبُرِّزَتِ ٱلْجَحِيمُ لِلْغَاوِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَقِيلَ لَهُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مِن دُونِ ٱللَّهِ هَلْ يَنصُرُونَكُمْ أَوْ يَنتَصِرُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih` Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? '

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَكُبْكِبُوا۟ فِيهَا هُمْ وَٱلْغَاوُۥنَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَجُنُودُ إِبْلِيسَ أَجْمَعُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوا۟ وَهُمْ فِيهَا يَخْتَصِمُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:

Lihat semua terjemahan ayat ini →

تَٱللَّهِ إِن كُنَّا لَفِى ضَلَٰلٍ مُّبِينٍ

Abdullah Muhammad Basmeih" ` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِذْ نُسَوِّيكُم بِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih" ` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَآ أَضَلَّنَآ إِلَّا ٱلْمُجْرِمُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih" ` Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَمَا لَنَا مِن شَٰفِعِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih" ` Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ

Abdullah Muhammad Basmeih" ` Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَلَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَكُونَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih" ` Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. ' "

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَذَّبَتْ قَوْمُ نُوحٍ ٱلْمُرْسَلِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihKetika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

Abdullah Muhammad Basmeih"Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Abdullah Muhammad Basmeih" Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوٓا۟ أَنُؤْمِنُ لَكَ وَٱتَّبَعَكَ ٱلْأَرْذَلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ وَمَا عِلْمِى بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنْ حِسَابُهُمْ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّى لَوْ تَشْعُرُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَآ أَنَا۠ بِطَارِدِ ٱلْمُؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنْ أَنَا۠ إِلَّا نَذِيرٌ مُّبِينٌ

Abdullah Muhammad Basmeih"Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوا۟ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَٰنُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمَرْجُومِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوْمِى كَذَّبُونِ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱفْتَحْ بَيْنِى وَبَيْنَهُمْ فَتْحًا وَنَجِّنِى وَمَن مَّعِىَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَنجَيْنَٰهُ وَمَن مَّعَهُۥ فِى ٱلْفُلْكِ ٱلْمَشْحُونِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ أَغْرَقْنَا بَعْدُ ٱلْبَاقِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَذَّبَتْ عَادٌ ٱلْمُرْسَلِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihKetika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

Abdullah Muhammad Basmeih"Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَتَبْنُونَ بِكُلِّ رِيعٍ ءَايَةً تَعْبَثُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ لَعَلَّكُمْ تَخْلُدُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِذَا بَطَشْتُم بَطَشْتُمْ جَبَّارِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱتَّقُوا۟ ٱلَّذِىٓ أَمَدَّكُم بِمَا تَعْلَمُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَمَدَّكُم بِأَنْعَٰمٍ وَبَنِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَجَنَّٰتٍ وَعُيُونٍ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Abdullah Muhammad Basmeih"Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْنَآ أَوَعَظْتَ أَمْ لَمْ تَكُن مِّنَ ٱلْوَٰعِظِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنْ هَٰذَآ إِلَّا خُلُقُ ٱلْأَوَّلِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَا نَحْنُ بِمُعَذَّبِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan kami pula tidak akan diseksa".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَكَذَّبُوهُ فَأَهْلَكْنَٰهُمْ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihAkhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَذَّبَتْ ثَمُودُ ٱلْمُرْسَلِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ صَٰلِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihKetika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

Abdullah Muhammad Basmeih"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَتُتْرَكُونَ فِى مَا هَٰهُنَآ ءَامِنِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فِى جَنَّٰتٍ وَعُيُونٍ

Abdullah Muhammad Basmeih"Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَزُرُوعٍ وَنَخْلٍ طَلْعُهَا هَضِيمٌ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَتَنْحِتُونَ مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًا فَٰرِهِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَا تُطِيعُوٓا۟ أَمْرَ ٱلْمُسْرِفِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ٱلَّذِينَ يُفْسِدُونَ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوٓا۟ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلْمُسَحَّرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا فَأْتِ بِـَٔايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ هَٰذِهِۦ نَاقَةٌ لَّهَا شِرْبٌ وَلَكُمْ شِرْبُ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوٓءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَعَقَرُوهَا فَأَصْبَحُوا۟ نَٰدِمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihAkhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَخَذَهُمُ ٱلْعَذَابُ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihLalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ ٱلْمُرْسَلِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihKetika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

Abdullah Muhammad Basmeih"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَتَأْتُونَ ٱلذُّكْرَانَ مِنَ ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُم مِّنْ أَزْوَٰجِكُم بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوا۟ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَٰلُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمُخْرَجِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ إِنِّى لِعَمَلِكُم مِّنَ ٱلْقَالِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

رَبِّ نَجِّنِى وَأَهْلِى مِمَّا يَعْمَلُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَنَجَّيْنَٰهُ وَأَهْلَهُۥٓ أَجْمَعِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَّا عَجُوزًا فِى ٱلْغَٰبِرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ دَمَّرْنَا ٱلْـَٔاخَرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا فَسَآءَ مَطَرُ ٱلْمُنذَرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَذَّبَ أَصْحَٰبُ لْـَٔيْكَةِ ٱلْمُرْسَلِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Demikian juga) penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِذْ قَالَ لَهُمْ شُعَيْبٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihKetika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

Abdullah Muhammad Basmeih"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَوْفُوا۟ ٱلْكَيْلَ وَلَا تَكُونُوا۟ مِنَ ٱلْمُخْسِرِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَزِنُوا۟ بِٱلْقِسْطَاسِ ٱلْمُسْتَقِيمِ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَا تَبْخَسُوا۟ ٱلنَّاسَ أَشْيَآءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱتَّقُوا۟ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلْجِبِلَّةَ ٱلْأَوَّلِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالُوٓا۟ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلْمُسَحَّرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا وَإِن نَّظُنُّكَ لَمِنَ ٱلْكَٰذِبِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih"Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَأَسْقِطْ عَلَيْنَا كِسَفًا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihOleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

قَالَ رَبِّىٓ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihNabi Syuaib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمْ عَذَابُ يَوْمِ ٱلظُّلَّةِ إِنَّهُۥ كَانَ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلْأَمِينُ

Abdullah Muhammad BasmeihIa dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلْمُنذِرِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKe dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بِلِسَانٍ عَرَبِىٍّ مُّبِينٍ

Abdullah Muhammad Basmeih(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّهُۥ لَفِى زُبُرِ ٱلْأَوَّلِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَوَلَمْ يَكُن لَّهُمْ ءَايَةً أَن يَعْلَمَهُۥ عُلَمَٰٓؤُا۟ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَوْ نَزَّلْنَٰهُ عَلَىٰ بَعْضِ ٱلْأَعْجَمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَقَرَأَهُۥ عَلَيْهِم مَّا كَانُوا۟ بِهِۦ مُؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَذَٰلِكَ سَلَكْنَٰهُ فِى قُلُوبِ ٱلْمُجْرِمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDemikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَا يُؤْمِنُونَ بِهِۦ حَتَّىٰ يَرَوُا۟ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَلِيمَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَيَأْتِيَهُم بَغْتَةً وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihLalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَيَقُولُوا۟ هَلْ نَحْنُ مُنظَرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَفَبِعَذَابِنَا يَسْتَعْجِلُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَفَرَءَيْتَ إِن مَّتَّعْنَٰهُمْ سِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihBagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ جَآءَهُم مَّا كَانُوا۟ يُوعَدُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مَآ أَغْنَىٰ عَنْهُم مَّا كَانُوا۟ يُمَتَّعُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَآ أَهْلَكْنَا مِن قَرْيَةٍ إِلَّا لَهَا مُنذِرُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ذِكْرَىٰ وَمَا كُنَّا ظَٰلِمِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMemperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ ٱلشَّيَٰطِينُ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَا يَنۢبَغِى لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيعُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّهُمْ عَنِ ٱلسَّمْعِ لَمَعْزُولُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَلَا تَدْعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ فَتَكُونَ مِنَ ٱلْمُعَذَّبِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ ٱلْأَقْرَبِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَإِنْ عَصَوْكَ فَقُلْ إِنِّى بَرِىٓءٌ مِّمَّا تَعْمَلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!"

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَتَوَكَّلْ عَلَى ٱلْعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ٱلَّذِى يَرَىٰكَ حِينَ تَقُومُ

Abdullah Muhammad BasmeihYang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَتَقَلُّبَكَ فِى ٱلسَّٰجِدِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ

Abdullah Muhammad BasmeihSesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ ٱلشَّيَٰطِينُ

Abdullah Muhammad BasmeihMahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يُلْقُونَ ٱلسَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَٰذِبُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihYang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلشُّعَرَآءُ يَتَّبِعُهُمُ ٱلْغَاوُۥنَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِى كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihTidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَذَكَرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًا وَٱنتَصَرُوا۟ مِنۢ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا۟ وَسَيَعْلَمُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ أَىَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihKecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
Bahasa — 70