caseriqCarian makna dalam Al-Quran

Surah Al-Infitaar الإنفطار

19 ayat · Makkah · susunan penurunan 82

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتْ

Abdullah Muhammad BasmeihApabila langit terbelah;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِذَا ٱلْكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتْ

Abdullah Muhammad BasmeihDan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِذَا ٱلْبِحَارُ فُجِّرَتْ

Abdullah Muhammad BasmeihDan apabila lautan pecah bercampur-baur;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِذَا ٱلْقُبُورُ بُعْثِرَتْ

Abdullah Muhammad BasmeihDan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ

Abdullah Muhammad Basmeih(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلْكَرِيمِ

Abdullah Muhammad BasmeihWahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ٱلَّذِى خَلَقَكَ فَسَوَّىٰكَ فَعَدَلَكَ

Abdullah Muhammad BasmeihTuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فِىٓ أَىِّ صُورَةٍ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ

Abdullah Muhammad BasmeihDalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ

Abdullah Muhammad BasmeihSebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَٰفِظِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihPadahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كِرَامًا كَٰتِبِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍ

Abdullah Muhammad Basmeih(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِنَّ ٱلْفُجَّارَ لَفِى جَحِيمٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ ٱلدِّينِ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَآئِبِينَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ثُمَّ مَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ

Abdullah Muhammad BasmeihSekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِّنَفْسٍ شَيْـًٔا وَٱلْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِّلَّهِ

Abdullah Muhammad Basmeih(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
Bahasa — 70