Laman utama › Surah › Surah At-Takwir
Surah At-Takwir التكوير
29 ayat · Makkah · susunan penurunan 7
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِذَا ٱلْجِبَالُ سُيِّرَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِذَا ٱلْعِشَارُ عُطِّلَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِذَا ٱلْوُحُوشُ حُشِرَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِذَا ٱلْبِحَارُ سُجِّرَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِذَا ٱلْمَوْءُۥدَةُ سُئِلَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
بِأَىِّ ذَنۢبٍ قُتِلَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dengan dosa apakah ia dibunuh?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِذَا ٱلْجَحِيمُ سُعِّرَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِذَا ٱلْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan apabila Syurga didekatkan;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّآ أَحْضَرَتْ
Abdullah Muhammad Basmeih (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلْخُنَّسِ
Abdullah Muhammad Basmeih Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ٱلْجَوَارِ ٱلْكُنَّسِ
Abdullah Muhammad Basmeih Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَٱلَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan malam, apabila ia hampir habis,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَٱلصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan siang, apabila ia mulai terang;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى ٱلْعَرْشِ مَكِينٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
مُّطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَلَقَدْ رَءَاهُ بِٱلْأُفُقِ ٱلْمُبِينِ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَمَا هُوَ عَلَى ٱلْغَيْبِ بِضَنِينٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَٰنٍ رَّجِيمٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَٰلَمِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَسْتَقِيمَ
Abdullah Muhammad Basmeih Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
← Surah Abasa
Surah Al-Infitaar →
Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
→
Teks Arab dan terjemahan melalui Tanzil dan QuranEnc — tepat, tanpa diubah · Terjemahan milik penterjemahnya dan bukan Al-Quran itu sendiri
Ini ialah alat bantu penyelidikan, bukan sumber fatwa.