Laman utama › Surah › Surah Al-Waaqia
Surah Al-Waaqia الواقعة
96 ayat · Makkah · susunan penurunan 46
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ إِذَا وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ
Abdullah Muhammad Basmeih Apabila berlaku hari kiamat itu,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
خَافِضَةٌ رَّافِعَةٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِذَا رُجَّتِ ٱلْأَرْضُ رَجًّا
Abdullah Muhammad Basmeih (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَبُسَّتِ ٱلْجِبَالُ بَسًّا
Abdullah Muhammad Basmeih Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَكَانَتْ هَبَآءً مُّنۢبَثًّا
Abdullah Muhammad Basmeih Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَكُنتُمْ أَزْوَٰجًا ثَلَٰثَةً
Abdullah Muhammad Basmeih Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَأَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ
Abdullah Muhammad Basmeih Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلسَّٰبِقُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
Lihat semua terjemahan ayat ini →
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلْمُقَرَّبُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فِى جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ
Abdullah Muhammad Basmeih (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَقَلِيلٌ مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
عَلَىٰ سُرُرٍ مَّوْضُونَةٍ
Abdullah Muhammad Basmeih (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيْهَا مُتَقَٰبِلِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَٰنٌ مُّخَلَّدُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَفَٰكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَحُورٌ عِينٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
كَأَمْثَٰلِ ٱللُّؤْلُؤِ ٱلْمَكْنُونِ
Abdullah Muhammad Basmeih Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا
Abdullah Muhammad Basmeih Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِلَّا قِيلًا سَلَٰمًا سَلَٰمًا
Abdullah Muhammad Basmeih Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فِى سِدْرٍ مَّخْضُودٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan naungan yang tetap terbentang,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَمَآءٍ مَّسْكُوبٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan air yang sentiasa mengalir,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَفَٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Serta buah-buahan yang banyak,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَّا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَفُرُشٍ مَّرْفُوعَةٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِنَّآ أَنشَأْنَٰهُنَّ إِنشَآءً
Abdullah Muhammad Basmeih Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَجَعَلْنَٰهُنَّ أَبْكَارًا
Abdullah Muhammad Basmeih Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
Lihat semua terjemahan ayat ini →
عُرُبًا أَتْرَابًا
Abdullah Muhammad Basmeih Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لِّأَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ
Abdullah Muhammad Basmeih (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَصْحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلشِّمَالِ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فِى سَمُومٍ وَحَمِيمٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَظِلٍّ مِّن يَحْمُومٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Serta naungan dari asap hitam,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَكَانُوا۟ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلْحِنثِ ٱلْعَظِيمِ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَكَانُوا۟ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلْأَوَّلُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
Lihat semua terjemahan ayat ini →
قُلْ إِنَّ ٱلْأَوَّلِينَ وَٱلْـَٔاخِرِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ
Abdullah Muhammad Basmeih "Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلْمُكَذِّبُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih "Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَـَٔاكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَمَالِـُٔونَ مِنْهَا ٱلْبُطُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَشَٰرِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ ٱلْحَمِيمِ
Abdullah Muhammad Basmeih "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَشَٰرِبُونَ شُرْبَ ٱلْهِيمِ
Abdullah Muhammad Basmeih "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
Lihat semua terjemahan ayat ini →
هَٰذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ ٱلدِّينِ
Abdullah Muhammad Basmeih Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
نَحْنُ خَلَقْنَٰكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
Lihat semua terjemahan ayat ini →
أَفَرَءَيْتُم مَّا تُمْنُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ءَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلْخَٰلِقُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ ٱلْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمْثَٰلَكُمْ وَنُنشِئَكُمْ فِى مَا لَا تَعْلَمُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
Lihat semua terjemahan ayat ini →
أَفَرَءَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ءَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلزَّٰرِعُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَوْ نَشَآءُ لَجَعَلْنَٰهُ حُطَٰمًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِنَّا لَمُغْرَمُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih (Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih "Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "
Lihat semua terjemahan ayat ini →
أَفَرَءَيْتُمُ ٱلْمَآءَ ٱلَّذِى تَشْرَبُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ءَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ ٱلْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنزِلُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَوْ نَشَآءُ جَعَلْنَٰهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
أَفَرَءَيْتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى تُورُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ءَأَنتُمْ أَنشَأْتُمْ شَجَرَتَهَآ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنشِـُٔونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
نَحْنُ جَعَلْنَٰهَا تَذْكِرَةً وَمَتَٰعًا لِّلْمُقْوِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ
Abdullah Muhammad Basmeih Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَلَآ أُقْسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِنَّهُۥ لَقُرْءَانٌ كَرِيمٌ
Abdullah Muhammad Basmeih Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فِى كِتَٰبٍ مَّكْنُونٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلْمُطَهَّرُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
أَفَبِهَٰذَا ٱلْحَدِيثِ أَنتُم مُّدْهِنُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَلَوْلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلْحُلْقُومَ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَلَوْلَآ إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
تَرْجِعُونَهَآ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan jika ia dari puak kanan,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَسَلَٰمٌ لَّكَ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَنُزُلٌ مِّنْ حَمِيمٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ
Abdullah Muhammad Basmeih Serta bakaran api neraka.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلْيَقِينِ
Abdullah Muhammad Basmeih Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ
Abdullah Muhammad Basmeih Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
← Surah Ar-Rahmaan
Surah Al-Hadid →
Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
→
Teks Arab dan terjemahan melalui Tanzil dan QuranEnc — tepat, tanpa diubah · Terjemahan milik penterjemahnya dan bukan Al-Quran itu sendiri
Ini ialah alat bantu penyelidikan, bukan sumber fatwa.