caseriqCarian makna dalam Al-Quran

Surah Ar-Rahmaan الرحمن

78 ayat · Madinah · susunan penurunan 97

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٱلرَّحْمَٰنُ

Abdullah Muhammad Basmeih(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ

Abdullah Muhammad BasmeihDia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ

Abdullah Muhammad BasmeihDia lah yang telah menciptakan manusia; -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ

Abdullah Muhammad BasmeihDia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ

Abdullah Muhammad BasmeihMatahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلنَّجْمُ وَٱلشَّجَرُ يَسْجُدَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihSupaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَأَقِيمُوا۟ ٱلْوَزْنَ بِٱلْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا۟ ٱلْمِيزَانَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فِيهَا فَٰكِهَةٌ وَٱلنَّخْلُ ذَاتُ ٱلْأَكْمَامِ

Abdullah Muhammad BasmeihTerdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَٱلْحَبُّ ذُو ٱلْعَصْفِ وَٱلرَّيْحَانُ

Abdullah Muhammad BasmeihDemikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِن صَلْصَٰلٍ كَٱلْفَخَّارِ

Abdullah Muhammad BasmeihIa menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَخَلَقَ ٱلْجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

رَبُّ ٱلْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ ٱلْمَغْرِبَيْنِ

Abdullah Muhammad Basmeih(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مَرَجَ ٱلْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihIa biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihDi antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَخْرُجُ مِنْهُمَا ٱللُّؤْلُؤُ وَٱلْمَرْجَانُ

Abdullah Muhammad BasmeihDari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلَهُ ٱلْجَوَارِ ٱلْمُنشَـَٔاتُ فِى ٱلْبَحْرِ كَٱلْأَعْلَٰمِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

Abdullah Muhammad BasmeihSegala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو ٱلْجَلَٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَسْـَٔلُهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِى شَأْنٍ

Abdullah Muhammad BasmeihSekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihKami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَٰمَعْشَرَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ إِنِ ٱسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا۟ مِنْ أَقْطَارِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ فَٱنفُذُوا۟ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَٰنٍ

Abdullah Muhammad BasmeihWahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihKamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَٱلدِّهَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihSelain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٌ وَلَا جَآنٌّ

Abdullah Muhammad BasmeihPada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يُعْرَفُ ٱلْمُجْرِمُونَ بِسِيمَٰهُمْ فَيُؤْخَذُ بِٱلنَّوَٰصِى وَٱلْأَقْدَامِ

Abdullah Muhammad BasmeihOrang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

هَٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِهَا ٱلْمُجْرِمُونَ

Abdullah Muhammad Basmeih(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".

Lihat semua terjemahan ayat ini →

يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ ءَانٍ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ذَوَاتَآ أَفْنَانٍ

Abdullah Muhammad Basmeih(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihPada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فِيهِمَا مِن كُلِّ فَٰكِهَةٍ زَوْجَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihPada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشٍۭ بَطَآئِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ وَجَنَى ٱلْجَنَّتَيْنِ دَانٍ

Abdullah Muhammad BasmeihMereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فِيهِنَّ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ

Abdullah Muhammad BasmeihDi dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

كَأَنَّهُنَّ ٱلْيَاقُوتُ وَٱلْمَرْجَانُ

Abdullah Muhammad BasmeihBidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَٰنُ

Abdullah Muhammad BasmeihBukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihDan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مُدْهَآمَّتَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihKedua-duanya menghijau subur tanamannya;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihDalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فِيهِمَا فَٰكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ

Abdullah Muhammad BasmeihPada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فِيهِنَّ خَيْرَٰتٌ حِسَانٌ

Abdullah Muhammad BasmeihDalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

حُورٌ مَّقْصُورَٰتٌ فِى ٱلْخِيَامِ

Abdullah Muhammad BasmeihIa itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ

Abdullah Muhammad Basmeih(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِىٍّ حِسَانٍ

Abdullah Muhammad BasmeihPenduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

تَبَٰرَكَ ٱسْمُ رَبِّكَ ذِى ٱلْجَلَٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ

Abdullah Muhammad BasmeihMaha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
Bahasa — 70