Laman utama › Surah › Surah Ad-Dhuhaa
Surah Ad-Dhuhaa الضحى
11 ayat · Makkah · susunan penurunan 11
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَٱلضُّحَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Demi waktu dhuha,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
Lihat semua terjemahan ayat ini →
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغْنَىٰ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ
Abdullah Muhammad Basmeih Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ
Abdullah Muhammad Basmeih Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Abdullah Muhammad Basmeih Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
← Surah Al-Lail
Surah Ash-Sharh →
Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
→
Teks Arab dan terjemahan melalui Tanzil dan QuranEnc — tepat, tanpa diubah · Terjemahan milik penterjemahnya dan bukan Al-Quran itu sendiri
Ini ialah alat bantu penyelidikan, bukan sumber fatwa.