caseriqCarian makna dalam Al-Quran

Surah Ash-Sharh الشرح

8 ayat · Makkah · susunan penurunan 12

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

Abdullah Muhammad BasmeihBukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

Lihat semua terjemahan ayat ini →

ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ

Abdullah Muhammad BasmeihYang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

Abdullah Muhammad BasmeihDan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

Abdullah Muhammad BasmeihOleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

Lihat semua terjemahan ayat ini →

إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

Abdullah Muhammad Basmeih(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Lihat semua terjemahan ayat ini →

فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ

Abdullah Muhammad BasmeihKemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Lihat semua terjemahan ayat ini →

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب

Abdullah Muhammad BasmeihDan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Lihat semua terjemahan ayat ini →

Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
Bahasa — 70