Laman utama › Surah › Surah Al-Faatiha
Surah Al-Faatiha الفاتحة
7 ayat · Makkah · susunan penurunan 5
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Abdullah Muhammad Basmeih Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Abdullah Muhammad Basmeih Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ
Abdullah Muhammad Basmeih Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Lihat semua terjemahan ayat ini →
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Abdullah Muhammad Basmeih Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
Abdullah Muhammad Basmeih Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
Abdullah Muhammad Basmeih Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
Surah Al-Baqara →
Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
→
Teks Arab dan terjemahan melalui Tanzil dan QuranEnc — tepat, tanpa diubah · Terjemahan milik penterjemahnya dan bukan Al-Quran itu sendiri
Ini ialah alat bantu penyelidikan, bukan sumber fatwa.