Laman utama › Surah › Surah Az-Zalzala
Surah Az-Zalzala الزلزلة
8 ayat · Madinah · susunan penurunan 93
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ إِذَا زُلْزِلَتِ ٱلْأَرْضُ زِلْزَالَهَا
Abdullah Muhammad Basmeih Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَأَخْرَجَتِ ٱلْأَرْضُ أَثْقَالَهَا
Abdullah Muhammad Basmeih Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَقَالَ ٱلْإِنسَٰنُ مَا لَهَا
Abdullah Muhammad Basmeih Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
Lihat semua terjemahan ayat ini →
يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا
Abdullah Muhammad Basmeih Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
Lihat semua terjemahan ayat ini →
بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا
Abdullah Muhammad Basmeih Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
Lihat semua terjemahan ayat ini →
يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا۟ أَعْمَٰلَهُمْ
Abdullah Muhammad Basmeih Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Lihat semua terjemahan ayat ini →
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُۥ
Abdullah Muhammad Basmeih Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Lihat semua terjemahan ayat ini →
وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ
Abdullah Muhammad Basmeih Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Lihat semua terjemahan ayat ini →
← Surah Al-Bayyina
Surah Al-Aadiyaat →
Mencari sesuatu topik? Cuba carian makna — soalan anda diperiksa dalam 6,236 ayat.
→
Teks Arab dan terjemahan melalui Tanzil dan QuranEnc — tepat, tanpa diubah · Terjemahan milik penterjemahnya dan bukan Al-Quran itu sendiri
Ini ialah alat bantu penyelidikan, bukan sumber fatwa.